Fadhilat Untuk Semua
25 August 2006
Khusyuk

Untuk renungan kepada kita semua semuga diamalkan. Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kuran g khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman,bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimanakah wudhuk zahir dan batin itu Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:

1] Bertaubat
2] Menyesali dosa yang telah dilakukan
3] Tidak tergila-gilakan dunia
4] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5] Tinggalkan sifat berbangga
6] Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7] Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata , "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

posted by Ben Zameer @ 9:20 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Blog ini mengandungi koleksi fadhilat, renungan, cerita menarik dan hikmat amalan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis. Dihimpunkan dari sumber bacaan, email dan ceramah untuk bacaan dan amalan setiap hari. Semoga blog ini memberikan sedikit ilmu dan pengajaran ke arah hidup yang diberkati Allah S.W.T. InsyaAllah.
About Me

Name: Ben Zameer
Home:
About Me:
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Shoutbox


ShoutMix chat widget

Links
Powered by

Blogger Templates

BLOGGER