Sabda Rasulullah SAW, "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril AS"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta. 6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada ramai manusia. 7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq,pelampau yang melewati batas. 8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq. 9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum Isyak). Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat. Cara berjimak yang dituntut 1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah SWT. 2. Berjimak pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 3. Berjimak pada malam Khamis. Allah akan mengurniakan anak yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim di kalangan orang alim. 4. Berjimak sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak, ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan tidak menjadi seorang yang faqih serta Allah SWT rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 5. Berjimak pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Berjimak pada hari Jumaat selepas Asar. Jika Allah mengurniakan anak, ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim. 7. Berjimak pada malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak, ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak, ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
|