Fadhilat Untuk Semua
20 March 2006
Rahsia surah YAASIN - Ayat Ke 58
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku,
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam,
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat,
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini,
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin,
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin,
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Amin Ya Rabbala'alamin.

posted by Ben Zameer @ 12:15 PM   0 comments
10 March 2006
Tazkirah Jumaat …
Semalu pun tahu malu.

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. tetibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama :
pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua : semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga : semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali : semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
posted by Ben Zameer @ 11:18 AM   0 comments
Blog ini mengandungi koleksi fadhilat, renungan, cerita menarik dan hikmat amalan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis. Dihimpunkan dari sumber bacaan, email dan ceramah untuk bacaan dan amalan setiap hari. Semoga blog ini memberikan sedikit ilmu dan pengajaran ke arah hidup yang diberkati Allah S.W.T. InsyaAllah.
About Me

Name: Ben Zameer
Home:
About Me:
See my complete profile
Waktu Solat
Previous Post
Archives
Shoutbox


ShoutMix chat widget

Links
Powered by

Blogger Templates

BLOGGER